SOALAN DAN JAWAPAN

Wednesday, March 17, 2010


 Kecemasan..Medical card tak tahu guna?

Menggunakan Medical Card apabila berlakunya Kecemasan.

Sewaktu kecemasan, kita akan terlupa kelebihan-kelebihan yang kita miliki setelah menyertai takaful Medical Card (cashless). Jadi apakah tindakan yang harus anda lakukan jika bil hospital anda akan ditanggung atau ditolak oleh pihak syarikat insurans melalui IMG (International Medicare Group)?

CARANYA MUDAH:

Pertama:
Boleh dapatkan kepastian, buat panggilan terlebih dahulu daripada (TPA-Third Party Agency) iaitu IMG (International Medicare Group) di talian 24 jam 03-4044 2004. samada sakit anda ditanggung atau sebaliknya.

Kedua:
Pastikan ada surat GL daripada Doktor. Sila rujuk dengan Dr di klinik dahulu untuk pengesahan sakit anda yg memerlukan rawatan lanjut.


Ketiga:
Setibanya di hospital, berikan surat tadi bersama kad medic anda kepada pihak hospital. (pihak hospital akan berurusan dengan IMG tadi untuk penjelasan bil hospital anda. tempoh antara sejam ke dua jam.)

Keempat:
Setelah diterima, anda diberi pilihan harga bilik bermalam mengikut pelan yang anda ambil. Contoh: RM 100 semalam layak untuk 4 katil satu bilik. Jika anda menginginkan bilik 2 katil dibenarkan atas persetujuan harga lebihan bagi kos bilik td ditanggung oleh anda. (contohnya RM128 bagi 2 katil-anda hanya perlu bayar hanya RM28 sehari). Buat pilihan bilik mengikut kemampuan atau yang telah diberikan percuma!

kelima:
Anda dibenarkan masuk ke wad dengan selesa dan rawatan yang rapi daripada hospital panel (swasta). Awas! jangan buat seperti hotel. Jika anda mengunakan perkhimatan tambahan seperti telefon dan dan meminta ubat tambahan yang tidak berkait dengan  punca penyakit ketika itu tidak akan ditanggung. (Sila rujuk kertas kerja yang saya lampirkan sebelum ini bagi mereka yang telah memiliki pelan ini bersama saya.)

Keenam:
Anda sudah pulih dan dibenarkan pulang. (Check out) Anda hanya perlu membayar sebarang kos tambahan yang anda gunakan. (contohnya:kos bilik tadi) sahaja. Sebaliknya jika anda tidak membuat sebarang penambahan,kos rawatan anda adalah Percuma!
Jangan lupa tuntut “pre-hospital dan post hospital” kepada Takaful Nasional Sdn Bhd melalui saya.Ini bermakna semua kos pemeriksaan sebelum ke wad semasa di klinik boleh dituntut. begitu juga rawatan susulan di hospital yang sama juga dibenarkan.
Kepada pelanggan-pelangan sediada saya, Medical card yang saya tawarkan kepada anda adalah kad medic individu di bawah kumpulan KIMB (Koperasi Islah Malaysia Berhad). Sebab itulah harga kad medic takaful ini adalah yang termurah didalam pasaran. Namum begitu ia hanya dibuka setiap setahun sekali sahaja iaitu pada setiap bulan Mei.
Ia hanyalah “INPATIENT ONLY”. Ini bermakna jika anda sakit pastikan anda masuk wad. Baru ia akan menjadi percuma. Jika anda sekadar mendapatkan “check up” tanpa sebarang lanjutan ke hospital maka tidak akan ditanggung.
Selamat menggunakan kad medic anda. Saya doakan semua pelanggan-pelanggan saya sentiasa sihat! 


Kalau caruman tertunggak lebih sebulan,tuntutan anda akan ditolak…

Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Kebelakangan ini banyak kes-kes tuntutan yang saya uruskan. Banyak pengalaman baru yang di timba. Kalau dahulu setiap kali urusan tuntutan dibuat, cek diberi paling lewat sebulan kemudian, dan senyuman pelanggan adalah kepuasan saya. Namun setelah hampir 3 tahun di dalam industri, inilah kali pertama tuntutan yang saya uruskan di tolak bagi pelanggan-pelanggan lama saya.


 Sekadar ingin berkongsi dengan anda bahawa Etiqa takaful kini telah mula menguatkuasakan tindakan jika Caruman takaful yang tertunggak lebih daripada sebulan bagi caruman setahun atau 15 hari lewat bagi caruman bulanan. Apakah kesannya? Ya, syarikat takaful sememangnya tidak mengenakan sebarang cas “interest” atau “penalty” ke atas pencarum jika lewat carum. Tetapi tindakannya menggantungkan semua manfaat yang dijanjikan seperti didalam polisi dan manfaat dibuka semula setelah tunggakan selesai. Ini bermakna, jika dalam tempoh tunggakan berlaku anda ditimba sebarang musibah, tuntutan anda tidak akan diterima.

Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pelanggan-pelanggan saya kini. Saya sebagai wakil takaful secara peribadinya terasa agak kecewa kerana tuntutan di tolak namun saya terpaksa akur ia diluar kawalan dan tanggungjawab saya kerana tidak mampu memaksa pelanggan saya mencarum secara konsistan tanpa sebarang tunggakan.


 Tanggungjawab untuk menabung sambil berlindung setiap bulan adalah komitmen diri anda sendiri bukan wakil anda. Jadi jika anda tidak membuat caruman sebanyak satu bulan, syarikat masih menerima sebarang tuntutan. Tetapi jika caruman anda tertunggak sehingga 3 bulan ke atas, bagaimana? Adalah tidak adil jika anda menyalahkan wakil anda kerana tidak mengingatkan anda perkara tersebut. Anda sendiri semestinya menyedari berapa lama anda tidak mengagihkan wang gaji anda setiap sebulan untuk takaful. Anda mengetahui caruman takaful adalah satu “force saving” dan penting sewaktu kecemasan, bagaimana anda boleh mengambil ringan soal caruman bulanan dan mengharapkan orang lain atas tanggungjawab sendiri? Oleh itu, bertanggungjawablah di atas diri sendiri jika tuntutan anda di tolak. Anda boleh mendapatkan maklumat tunggakan anda di talian bebas tol 1300 135 135 sepanjang waktu berkerja.



 Sebagai wakil, tanggungjawabnya adalah pemudah cara bagi urusan-urusan pengurusan.
Contoh di dalam kes ini, jika anda ingin membuat tuntutan, anda tidak perlu ke kaunter takaful dan menghantar tuntutan. Anda juga tidak perlu membuat sebarang “follow up” tentang tuntutan anda. Anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan semuanya akan diuruskan oleh wakil anda. Jika Wakil maklum dokumen tidak lengkap, dan perlukan dokumen tambahan, mengapa mesti rasa marah dan leceh sedangkan anda sudah cukup dimanjakan dari awal anda menyertai takaful?  Saya agak kecewa berdepan dengan pelanggan-pelanggan yang kurang bersyukur dengan perkhidmatan sepenuh masa wakil yang mereka terima.


Ada masanya wakil juga harus bertegas agar pelanggan lebih hormat dan menghargai peranan wakil mereka. Dalam erti kata lain, jika caruman anda tertunggak atau Jika dokumen tidak lengkap jangan salahkan wakil anda tuntutan anda ditolak. Anda sebagai perserta takaful, sepatutnya memudahkan wakil anda dalam menguruskan tuntutan anda bukan melengah-lengahkan penyediaan dokumen yang diperlukan. Perlu diingatkan, jika dokumen tuntutan anda tidak lengkap, tuntutan anda tidak akan diproses. Adalah salah sama sekali anggapan syarikat takaful adalah penipu sekiranya anda adalah punca tuntutan anda digantung ke tepi. Dalam kekecewaan, saya tetap bersyukur kerana bukan semua pelanggan saya yang bersikap begitu.


Ada juga yang dapat menerima berita tuntutan mereka ditolak akibat silap sendiri tidak mencarum secara konsistan dan berjanji akan membuat potongan bank setiap bulan. Peserta bijak begini lah yang perlu dicontohi. Masalah ini tidak akan timbul lagi! jadilah peserta yang bijak. Jangan cepat melatah apabila tuntutan anda ditolak dan terus ingin menutup polisi. Sekiranya anda teruskan caruman yang konsistan dan baik, kemudian tuntutan diminta lagi tiada masalah untuk anda memilikinya sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa. Apakah beza dahulu dan kini? Kalau dahulu ( sepanjang 5 tahun yang sudah) syarikat kurang mengambil berat soal tunggakan dan tindakan terus membayar tuntutan walaupun anda tertunggak 2 tahun! Namun kini setelah berada di bawah naungan Maybank group, penguatkuasaan tindakan telah berjalan secara satu persatu.


Oleh itu, saya sebagai wakil anda ingin mengingatkan anda berkenaan dengan isu ini. Tolong ambil perhatian. Harap anda lebih serius dan bertanggungjawab di dalam caruman bulanan takaful anda. Setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini. Apa yang baik itu datang dari Allah yang kurang itu adalah daripada kelemahan saya sendiri. Saya meminta maaf kepada pelanggan-pelanggan saya yang telah ditolak tuntutan mereka. Semua urusan tuntutan telah saya selesaikan namun syarikat sahaja yang boleh mengambil tindakan atas anda sendiri. Sekian, wassalam. 
 

Pages

My Blog List