Monday, October 18, 2010
Sewajarnya, mereka yang masih muda dan sihat serta kemampuan untuk mengambil insurans digalakkan mengambil insurans kerana lebih muda usia seseorang itu bermula, lebih tinggi pulangannya apabila tempoh matang insurans.insurans yang paling popular ialah insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am. Ada sesetengah orang terutama orang Islam bimbang jika insurans yang dilaburkan mempunyai unsur riba tapi sekarang hampir semua syarikat insurans mempunyai takaful yang menawarkan konsep insurans islamic.
Namun, tidak perlu risau kerana kini insurans islamic semakin berkembang dan kebanyakkan syarikat insurans menawarkan konsep ini.
Setiap insurans mempunyai kelebihan masing-masing serta menguntungkan mereka yang mengambilnya. Insurans terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan semata-mata dan juga perlindungan serta simpanan.
Insurans berbentuk simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang.
Manakala insurans berbentuk perlindungan semata-mata dan tidak membabitkan simpanan. Bagi insurans hayat dan perubatan, pelangan yang terpaksa dimasukkan ke wad bukan sahaja dari segi perbelajaan kos rawatan, malah mereka boleh mendapat bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.
Contohnya, ada syarikat yang membayar sehingga RM 100 bagi satu hari jika pelanggannya terpaksa tinggal di wad. Bayangkan jika mereka terpaksa duduk selama seminggu.
Jika seseorang itu meninggal dunia, jumlah wang yang sepatutnya beliau terima Contohnya RM 100,000 jika berlaku sebarang musibah akan diberikan kepada warisnya. Ini sudah tentu memberi jaminan kepada anak-anak dan keluarga supaya mereka tetap terjaga dari segi keperluan walaupun pencari rezeki bagi keluarga mereka sudah tiada lagi.
Anda juga digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini. Sejak anak berusia satu bulan, ibu bapa sudah boleh mula mengambil insurans untuk mereka. Ketika sampai tempoh matang, contohnya hingga 18 tahun atau 23 tahun, wang yang terkumpul untuk mereka melanjutkan pelajaran boleh mencecah sekitar RM 30,000 hingga RM 40,000, katanya.
Ada pelbagai jenis insurans tetapi ia terpulang kepada pilihan pelanggan jenis yang dirasakan paling sesuai. Tanpa kita sedari, mengambil insurans adalah satu tindakan yang amat bijak. Seseorang itu boleh mengambil lebih daripada satu jenis insurans jika berkemampuan.lebih banyak lebih baik.
Labels:
Sediakan Payung sebelum hujan
Posted by
Tunas Bakti
0
comments
Friday, October 1, 2010
Kita tidak tahu bila kemalangan
• Ambil insurans ketika masih muda dan sihat boleh
dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang insurans.
• Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
• Kos pengajian semakin tinggi. Anak saya perlu ada
insurans untuk meringankan beban saya kelak.
• Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya saya
meninggal dunia akibat musibah.
• Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan
dan rawatan sekiranya saya terpaksa dimasukkan ke hospital.
Labels:
Kenapa Perlu Saya Ambil Insurans?
Posted by
Tunas Bakti
0
comments
Saturday, May 22, 2010
Etiqa catat perolehan RM2.36b
ETIQA Takaful Berhad mencatat perolehan perniagaan RM2.36 bilion untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2010 menjadikannya syarikat takaful pertama melepasi tahap RM2 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahril Azuar Jimin (gambar) berkata, pencapaian dan perkembangan Etiqa hasil daripada prestasi memberangsangkan semua saluran perniagaan dan inovasi dalam operasi serta proses perniagaan.
“Sejak jenama Etiqa dilancarkan dua tahun lalu, kami terus menikmati perkembangan pesat dari tahun ke tahun serta kejayaan perolehan ini juga mengukuhkan lagi kedudukan Etiqa Takaful sebagai peneraju dalam pasaran dan industri Takaful,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Etiqa Takaful pengendali Takaful pertama mencatatkan sumbangan keseluruhan melebihi RM1 bilion.
Bagi tahun kewangan 2009/2010, perolehan perniagaan Etiqa meningkat 32 peratus dan sumbangan keseluruhan perniagaan Takaful Keluarga turut mencatatkan peningkatan 30 peratus manakala Takaful Am meningkat 40 peratus.
Pada tahun kewangan yang sama, aset keseluruhan Etiqa meningkat 16 peratus dan keuntungan sebelum cukai meningkat 18 peratus kepada RM107 juta daripada RM90 juta bagi tahun kewangan 2008/2009. Sehingga Mac 2010, Etiqa Takaful menguasai 44 peratus daripada keseluruhan pasaran Takaful di Malaysia yang mempunyai lapan pengendali.
“Kekuatan Etiqa Takaful terletak kepada kemampuannya sebagai sebuah pengendali takaful yang mempunyai pelbagai saluran perniagaan dengan 23,000 wakil dan 30 cawangan di seluruh negara.
“Selain ditambah lagi dengan 450 cawangan Maybank di seluruh Malaysia dan bank pihak ketiga serta perniagaan perusahaan korporat memberikan kami capaian yang lebih luas serta disokong pusat panggilan Etiqa di 1300 13 8888 dan laman web www.motortakaful.com,” katanya.
Etiqa profit up on strong business channels
KUALA LUMPUR: Etiqa Takaful Bhd’s pre-tax profit increased by 18% to RM107mil in the financial year ended June 30 (FY10) from RM90mil in FY09.
This was supported by strong performance across all business channels and innovations in business operations and processes.
The company recorded revenue of RM2.37bil for FY10, making it the first takaful operator to surpass the RM2bil mark. Its revenue increased by 32% compared with the last financial year.
Etiqa said in a statement its gross contribution for family business recorded a growth of 30% while general business saw an increase of 40%.
It commands 44% of Malaysia’s takaful market as at March in a field of eight operators.
Chief executive officer Shahril Azuar Jimin said: “Since the Etiqa brand was launched 2½ years ago, we have been experiencing tremendous growth year-after-year.
“Surpassing the RM2bil mark in revenue just reaffirms Etiqa’s leadership and pole position in the takaful market and industry.”
Labels:
Info
Posted by
Tunas Bakti
0
comments
SOALAN DAN JAWAPAN
Wednesday, March 17, 2010
Kecemasan..Medical card tak tahu guna?
Menggunakan Medical Card apabila berlakunya Kecemasan.Sewaktu kecemasan, kita akan terlupa kelebihan-kelebihan yang kita miliki setelah menyertai takaful Medical Card (cashless). Jadi apakah tindakan yang harus anda lakukan jika bil hospital anda akan ditanggung atau ditolak oleh pihak syarikat insurans melalui IMG (International Medicare Group)?
Pertama:
Boleh dapatkan kepastian, buat panggilan terlebih dahulu daripada (TPA-Third Party Agency) iaitu IMG (International Medicare Group) di talian 24 jam 03-4044 2004. samada sakit anda ditanggung atau sebaliknya.
Kedua:
Pastikan ada
Ketiga:
Setibanya di hospital, berikan
Keempat:
Setelah diterima, anda diberi pilihan harga bilik bermalam mengikut pelan yang anda ambil. Contoh: RM 100 semalam layak untuk 4 katil satu bilik. Jika anda menginginkan bilik 2 katil dibenarkan atas persetujuan harga lebihan bagi kos bilik td ditanggung oleh anda. (contohnya RM128 bagi 2 katil-anda hanya perlu bayar hanya RM28 sehari). Buat pilihan bilik mengikut kemampuan atau yang telah diberikan percuma!
kelima:
Anda dibenarkan masuk ke wad dengan selesa dan rawatan yang rapi daripada hospital panel (swasta). Awas! jangan buat seperti hotel. Jika anda mengunakan perkhimatan tambahan seperti telefon dan dan meminta ubat tambahan yang tidak berkait dengan  punca penyakit ketika itu tidak akan ditanggung. (Sila rujuk kertas kerja yang saya lampirkan sebelum ini bagi mereka yang telah memiliki pelan ini bersama saya.)
Keenam:
Anda sudah pulih dan dibenarkan pulang. (Check out) Anda hanya perlu membayar sebarang kos tambahan yang anda gunakan. (contohnya:kos bilik tadi) sahaja. Sebaliknya jika anda tidak membuat sebarang penambahan,kos rawatan anda adalah Percuma!
Jangan lupa tuntut “pre-hospital dan post hospital” kepada Takaful Nasional Sdn Bhd melalui saya.Ini bermakna semua kos pemeriksaan sebelum ke wad semasa di klinik boleh dituntut. begitu juga rawatan susulan di hospital yang sama juga dibenarkan.
Kepada pelanggan-pelangan sediada saya, Medical card yang saya tawarkan kepada anda adalah kad medic individu di bawah kumpulan KIMB (Koperasi Islah Malaysia Berhad). Sebab itulah harga kad medic takaful ini adalah yang termurah didalam pasaran. Namum begitu ia hanya dibuka setiap setahun sekali sahaja iaitu pada setiap bulan Mei.
Ia hanyalah “INPATIENT ONLY”. Ini bermakna jika anda sakit pastikan anda masuk wad. Baru ia akan menjadi percuma. Jika anda sekadar mendapatkan “check up” tanpa sebarang lanjutan ke hospital maka tidak akan ditanggung.
Selamat menggunakan kad medic anda. Saya doakan semua pelanggan-pelanggan saya sentiasa sihat!
Kalau caruman tertunggak lebih sebulan,tuntutan anda akan ditolak…
Assalamualaikum semua,Apa khabar? Kebelakangan ini banyak kes-kes tuntutan yang saya uruskan. Banyak pengalaman baru yang di timba. Kalau dahulu setiap kali urusan tuntutan dibuat, cek diberi paling lewat sebulan kemudian, dan senyuman pelanggan adalah kepuasan saya. Namun setelah hampir 3 tahun di dalam industri, inilah kali pertama tuntutan yang saya uruskan di tolak bagi pelanggan-pelanggan lama saya.
Sekadar ingin berkongsi dengan anda bahawa Etiqa takaful kini telah mula menguatkuasakan tindakan jika Caruman takaful yang tertunggak lebih daripada sebulan bagi caruman setahun atau 15 hari lewat bagi caruman bulanan. Apakah kesannya? Ya, syarikat takaful sememangnya tidak mengenakan sebarang cas “interest” atau “penalty” ke atas pencarum jika lewat carum. Tetapi tindakannya menggantungkan semua manfaat yang dijanjikan seperti didalam polisi dan manfaat dibuka semula setelah tunggakan selesai. Ini bermakna, jika dalam tempoh tunggakan berlaku anda ditimba sebarang musibah, tuntutan anda tidak akan diterima.
Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pelanggan-pelanggan saya kini. Saya sebagai wakil takaful secara peribadinya terasa agak kecewa kerana tuntutan di tolak namun saya terpaksa akur ia diluar kawalan dan tanggungjawab saya kerana tidak mampu memaksa pelanggan saya mencarum secara konsistan tanpa sebarang tunggakan.
Tanggungjawab untuk menabung sambil berlindung setiap bulan adalah komitmen diri anda sendiri bukan wakil anda. Jadi jika anda tidak membuat caruman sebanyak satu bulan, syarikat masih menerima sebarang tuntutan. Tetapi jika caruman anda tertunggak sehingga 3 bulan ke atas, bagaimana? Adalah tidak adil jika anda menyalahkan wakil anda kerana tidak mengingatkan anda perkara tersebut. Anda sendiri semestinya menyedari berapa lama anda tidak mengagihkan wang gaji anda setiap sebulan untuk takaful. Anda mengetahui caruman takaful adalah satu “force saving” dan penting sewaktu kecemasan, bagaimana anda boleh mengambil ringan soal caruman bulanan dan mengharapkan orang lain atas tanggungjawab sendiri? Oleh itu, bertanggungjawablah di atas diri sendiri jika tuntutan anda di tolak. Anda boleh mendapatkan maklumat tunggakan anda di talian bebas tol 1300 135 135 sepanjang waktu berkerja.
Sebagai wakil, tanggungjawabnya adalah pemudah cara bagi urusan-urusan pengurusan.
Contoh di dalam kes ini, jika anda ingin membuat tuntutan, anda tidak perlu ke kaunter takaful dan menghantar tuntutan. Anda juga tidak perlu membuat sebarang “follow up” tentang tuntutan anda. Anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan semuanya akan diuruskan oleh wakil anda. Jika Wakil maklum dokumen tidak lengkap, dan perlukan dokumen tambahan, mengapa mesti rasa marah dan leceh sedangkan anda sudah cukup dimanjakan dari awal anda menyertai takaful? Saya agak kecewa berdepan dengan pelanggan-pelanggan yang kurang bersyukur dengan perkhidmatan sepenuh masa wakil yang mereka terima.
Oleh itu, saya sebagai wakil anda ingin mengingatkan anda berkenaan dengan isu ini. Tolong ambil perhatian. Harap anda lebih serius dan bertanggungjawab di dalam caruman bulanan takaful anda. Setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini. Apa yang baik itu datang dari Allah yang kurang itu adalah daripada kelemahan saya sendiri. Saya meminta maaf kepada pelanggan-pelanggan saya yang telah ditolak tuntutan mereka. Semua urusan tuntutan telah saya selesaikan namun syarikat sahaja yang boleh mengambil tindakan atas anda sendiri. Sekian, wassalam.
Labels:
Soalan
Posted by
Tunas Bakti
0
comments


